Advertising
Tak Sempat Tukar Rumput? Ini Jawapan CEO Selangor
MakanBola
Selangor FC

Ketua Pegawai Eksekutif CEO Selangor FC, Dr. Johan Kamal sebelum ini telah tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai isu penukaran rumput padang pasukan Selangor.

Pasukan Gergasi Merah itu sah tidak akan menukar rumput bagi menghadapi saingan musim 2024 kelak atas beberapa sebab tertentu.

Dr. Johan Kamal mengakui tempoh masa untuk penukaran rumput tidak mencukupi dan sekiranya diteruskan, masalah rumput tidak mencapai kematangan bakal berlaku berdasarkan perkongsian beliau dalam sidang media bersama Yoodoo di Pusat Latihan Selangor FC.

Ad

“Kami (Selangor) sebenarnya berfikir panjang mengenai tawaran yang diberikan oleh KBS dan TMJ berkenaan penukaran padang.”

Ad
View this post on Instagram

A post shared by MakanBola+ (@makanbolaplus)

“Akan tetapi, kami akan memfokuskan terhadap penukaran sistem saliran kerana itu amat penting. Hal ini disebabkan jangka masa yang kami rasakan tidak mencukupi.”

Ad
Ad

“Penukaran rumput juga memakan masa 6 hingga 8 bulan. Seperti yang kita lihat di Bukit Jalil, apabila padang itu sudah bersedia untuk digunakan, lebih banyak lagi masalah yang timbul.” ujarnya.

Ad

Proses penambahbaikan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini sedang giat dijalankan bagi memberikan kualiti terbaik kepada pasukan tuan rumah Selangor untuk saingan musim hadapan.

Selangor yang kini dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe bakal mengharungi cabaran besar apabila bertanding dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) pada musim hadapan.