Ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya yakin pasukannya tidak akan turun beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil hanya untuk bertahan dan meraih satu mata.
Pengendali kelahiran Jepun itu sedar kehadiran puluhan ribu ekor Harimau Malaya bakal menjadi cabaran buat anak buahnya untuk mencari kemenangan.
Namun begitu, beliau tetap optimis dengan segala perancangan dan juga kemampuan para pemainnya untuk mencatat keputusan positif.
Katanya, anak buahnya kini berada dalam moral terbaik selepas mencatatkan keputusan seri bertemu Vietnam tempoh hari.
“Kita sedar bahawa kita akan turun bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil di hadapan penyokong tuan rumah.”
“Kita akan tetap turun dengan taktikal kita (direct attack) dan tidak hadir hanya untuk bertahan,” jelasnya.
Singapura kini hanya memerlukan keputusan seri untuk layak tetapi mereka optimis untuk mencuri tiga mata pada aksi esok.
Mereka kini berada di belakang Vietnam dengan berkongsi 7 mata sementara Malaysia di tangga ketiga dengan 6 mata.