Takefusa Kubo Tiada Dalam Perancangan Real Madrid
Eropah
Advertisements

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid telah mengesahkan bahawa pemain tengah berusia 20 tahun mereka, Takefusa Kubo akan dipinjamkan semula ke kelab La Liga iaitu RCD Mallorca bagi saingan musim 2021/22. 

Pemain kelahiran Jepun ini pernah dipinjamkan ke RCD Mallorca pada musim 2019/20 sebelum ini. Beliau berjaya meledak sebanyak empat jaringan gol dalam 36 penampilan bersama kelab itu. 

Prestasi cemerlang diteruskan oleh Takefusa kubo apabila beliau menjadi watak penting bagi jentera tengah pasukan kebangsaan Jepun dalam kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. 

Advertisements

Beliau juga tersenarai dalam kesebelasan utama pada setiap perlawanan akhirnya membantu Jepun menamatkan saingan di kedudukan tempat keempat. 

Pasukan kebanggsaan Jepun tewas tipis bertemu Sepanyol dengan keputusan 1-0 pada aksi separuh akhir sebelum bertemu pasukan Mexico untuk perlawanan penentuan pingat gangsa namun kekalahan terus menghantui pasukan matahari terbit ini apabila tewas 3-1 bertemu Mexico. 

Bekas pemain akademi Barcelona ini berjaya memberikan aksi yang luar biasa sepanjang saingan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung. Beliau telah menghasilkan tiga jaringan gol serta satu bantuan gol dalam enam penampilanya bersama pasukan. 

Advertisements

Ia satu usaha yang cukup membanggakan bagi seorang pemain muda yang baru sahaja berusia 20 tahun. 

Menurut seorang Jurnalis dari Itali, Real Sociedad juga sebelum ini telah menawarkan kontrak kepada Takefusa Kubo akan tetapi beliau memilih RCD Mallorca sebagai destinasinya.  

Ini satu keputusan yang bijak bagi dirinya dalam merancang masa depan untuk mencari lebih banyak minit permainan dan pengalaman. Beliau pasti akan menunjukkan potensi sebenar sebagai pemain yang berkualiti untuk menyarung jersi Real Madrid apabila tiba waktunya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram