Takehiro Tomiyasu Pemain Asia Terbaru Tembusi EPL
Dunia
Instagram: tomiyasu.t
Advertisements

Situasi yang sukar dihadapi oleh pasukan Arsenal selepas mengalami kekalahan tiga perlawanan berturut-turut dengan dibolosi sebanyak 9 jaringan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dalam tiga aksi pembukaan musim ini. 

Langkah drastik dilakukan oleh The Gunners dengan mengumumkan tandatangan pemain baharu mereka iaitu Takehiro Tomiyasu yang berasal dari Jepun dengan tanda harga bernilai 18 Juta. 

Kedatangan Tomiyasu itu akan memberi suntikan tambahan bagi barisan pertahanan Arsenal dengan ketiadaan Hector Bellerin yang berpindah ke Real Betis secara pinjaman selama semusim.  

Advertisements

Kelebihan dan kebolehan yang dimiliki bekas pemain pasukan Bologna ini akan membantu rakan sepasukannya di atas padang kerana beliau adalah seorang pemain yang serba boleh dan sering kali beraksi sebagai bek tengah dan juga bek kanan dalam saingan musim lalu. 

Pada tahun 2019, Bologna telah menandatangani pemain dari Jepun ini sekitar 7 juta pound walaupun mempunyai kurang pengalaman beraksi di pentas Eropah. 

Beliau berjaya membuat sebanyak 61 penampilan di liga utama Serie A. Dengan pengalaman yang cukup luas ini bakal menjadikan beliau seorang pemain yang akan memberi saingan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. 

Advertisements

Di samping itu, beliau memiliki kebolehan untuk menggunakan kedua belah kakinya dengan baik. Keistimewaan itu menjadikan beliau seorang pemain yang “versatile” kerana fleksibilitinya dalam pelbagai posisi di dalam padang.

Tambahan pula, beliau masih berusia 22 tahun dan mempunyai banyak masa untuk mengembangkan bakatnya. Arteta dilihat bakal meletakkannya di posisi full back dan barangkali beliau juga akan bermain sebagai bek tengah berganding dengan Ben white bersama Gabriel dalam formasi tiga pertahanan. 

Saya sangat gembira dengan Tomiyasu. Kami mengikuti perkembangannya sebelum ini. Kami memerlukan pemain serba boleh, dapat bermain sebagai bek tengah, dapat bermain dalam tiga belakang” 

Advertisements

Semoga Takehiro Tomiyasu terus cemerlang di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Arsenal pada musim ini. 

https://www.youtube.com/watch?v=DHwfds6n6f0
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram