Advertisement
Takumi Minamino Harap Thailand ‘Bantu’ Tambat Hati Jurulatih Jepun
Asia
MakanBola
Liverpool FC

Bekas pemain sayap Liverpool, Takumi Minamino Thailand dapat ‘membantunya’ menambat hati jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu.

Ini kerana untuk tahun 2023, beliau gagal mendapat panggilan menyertai Samurai Biru walaupun menunjukkan prestasi baik di AS Monaco pada musim lepas.

Nasibnya berubah apabila berlakunya perubahan tampuk kejurulatihan dengan Adi Hutter dilantik sebagai pengurus baru Monaco selepas Philippe Clement meletak jawatan pada musim lepas.

Musim 2023-2024 menyaksikan pemain sayap Jepun itu sudah merekodkan 16 penampilan Ligue 1, lima gol dan empat bantuan gol mengikut data Transfermarkt.

Sejak itu, Minamino kemudiannya dipanggil semula ke skuad kebangsaan Jepun pada Oktober 2023. Ketika ini, beliau sudah mengumpul 57 penampilan antarabangsa untuk Samurai Biru.

Justeru, Minamino berharap dapat memanfaatkan perlawanan persahabatan menentang Jepun sebagai peluang mengukuhkan kedudukan dalam perancangan Moriyasu.

“Saya sentiasa memiliki mentaliti pencabar dan boleh dipercayai untuk hal berkenaan. Dan jika saya mahu memberi persepsi yang bagus, saya mahu tunjukkan kepada jurulatih (Hajime Moriyasu) bahawa saya beada dalam keadaan yang bagus.

“Perasaan dan keyakinan saya berbeza daripada sebelumnya,” katanya kepada media seperti dilaporkan SiamSport.

Thailand dan Jepun bakal beradu pada 1 Januari 2024 di Stadium Nasional Jepun. Ini merupakan sebahagian daripada persiapan kedua-dua pasukan untuk Piala Asia 2023.