Tiada Dalam Perancangan Jurulatih, Tammy Abraham Dan Chelsea Sedia Berpisah
Dunia
Advertisements

Pasukan Gergasi Eropah, Chelsea FC telah melepaskan pemain berusia 23 tahun mereka iaitu Tammy Abraham dengan tanda harga bernilai 40 juta dan tambahan 5 juta untuk perjanjian perpindahan tetap ke AS Roma. 

Pemain kelahiran England ini pernah dipinjamkan ke Aston Villa bagi satu musim dan beliau berjaya membawa kelab tersebut diangkat ke Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menampilkan persembahan terbaiknya di sana.

Bekas pemain akademi Chelsea ini berhasil memberikan aksi yang luar biasa apabila berjaya menjaringkan 26 gol dalam 40 penampilan bersama Aston Villa. 

Advertisements

Kecemerlangan beliau diteruskan apabila menjadi watak utama dalam bahagian serangan The Blues selepas diberi kepercayaan penuh oleh bekas pengurus Chelsea, Frank Lampard untuk menjadi penggempur utama pada dua musim lepas.

Di bawah kendalian Frank Lampard, beliau berjaya meledak 18 jaringan gol dalam 45 penampilan diturunkan seterusnya menjadikan beliau antara pemain pertama yang berasal dari England sebagai penjaring terbanyak di Chelsea. 

Sungguhpun begitu, selepas kehadiran pengurus baharu Chelsea, Thomas Tuchel, beliau kelihatan kurang diberi kepercayaan selepas gagal untuk memberikan saingan hebat dengan barisan penyerang Chelsea seperti Timo werner, Kai Havertz dan Christian Pulisic pada musim lepas. 

Advertisements

Beliau juga tidak berhasil untuk menyesuaikan diri dengan taktikal dan falsafah permainan yang diterapkan oleh Thomas Tuchel.

Dengan kehadiran semula penyerang profilik Inter Milan, Romelo Lukaku bagaikan satu malapetaka buat Tammy Abraham selepas separuh musim berhempas pulas untuk berada dalam kesebelasan utama Chelsea. 

Namun begitu, ini bukanlah satu pengakhiran bagi anak muda ini akan tetapi ia adalah satu batu loncatan untuk terus mempersiapkan diri sebagai seorang penyerang yang berbisa. 

Advertisements

Menurut laporan jurnalis terkenal Itali, Chelsea telah meletakkan syarat klausa pembelian semula dengan harga 80 juta yang boleh diaktifkan bermula pada Jun 2023. 

Syarat yang diberikan oleh Chelsea ini adalah salah satu perkara yang wajar bertitik tolak daripada peristiwa Romelu Lukaku. Chelsea juga terpaksa membeli semula penyerang antarabangsa Belgium itu dengan tanda harga yang ditawarkan oleh Inter Milan. 

Ianya adalah satu kerugian selepas tidak meletakkan klausa beli semula itu akan tetapi bukanlah satu pembaziran selepas Chelsea berjaya merangkul Kejuaraan dalam Liga Juara Juara Eropah dan Piala Super Uefa.   

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram