Tan Cheng Hoe Mahu Berbakti Kepada Negara
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe secara jelas menyatakan bahawa kepulangannya ke dalam kancah kejurulatihan bersama Selangor bukan disebabkan sesiapa.

Bekas jurulatih Harimau Malaya ini menegaskan bahawa misi utamanya adalah untuk membantu The Red Giants kembali pada tahap terbaik.

Cheng Hoe kali terakhir bersama pasukan Kedah pada tahun 2017 akhirnya membuat keputusan untuk mewarnai Liga Super apabila menyertai Selangor pada 24 September lalu.

Advertisements

Beliau mengakui teruja ketika diberi kepercayaan untuk mengemudi pasukan yang mempunyai sejarah dan latar belakang yang sangat hebat dalam Malaysia.

“Seperti yang saya beritahu sebelum ini  saya menyertai Selangor bukan untuk buktikan kepada sesiapa, tetapi ini jiwa saya kepada bola sepak.”

Malah, beliau juga mahu memastikan bahawa Selangor mampu untuk menghasilkan lebih ramai pemain berkualiti sekaligus dapat memberi lebih banyak pilihan kepada Kim Pan-gon.

Advertisements

Selangor yang kini berada pada kedudukan yang kurang baik percaya bahawa sentuhan jurulatih berusia 54 tahun itu mampu memacu kembali kegemilangan pasukan.

“Saya ingin lihat bukan sahaja Selangor berada pada tahap terbaik, tetapi juga pasukan kebangsaan agar dapat pergi lebih jauh dengan adanya pemain-pemain berkualiti juga dari pasukan ini,” jelasnya.

Beliau juga hadir lebih awal ke kelab adalah untuk melakukan analisis terhadap pemain sedia ada sebelum membuat keputusan mengenai penambahbaikan bagi persediaan musim hadapan.

Advertisements

Selangor kini berada pada kedudukan ke-8 selepas mengharungi 18 perlawanan dengan memungut 20 mata secara keseluruhannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram