Tan Cheng Hoe Mahu Jurulatih Malaysia Cabar Diri Ke Luar Negara
Asia Tenggara
Police Tero FC
Advertisements

Bekas jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe memasang impian untuk melihat lebih ramai jurulatih tempatan mendapat peluang membimbing pasukan di luar negara

Beliau yang ditemu bual oleh Astro Arena berkata, sasaran beliau apabila berada di luar negara adalah untuk melatih selama mungkin kelab-kelab di sana.

”Itu (adalah) sasaran saya selepas mendapat tawaran berada di luar negara, di mana-mana sahaja bukan sahaja di Thailand,” katanya kepada Astro Arena.

Advertisements

“Yang penting apabila saya mendapat tawaran ke sana, saya memang mahu kekal di sana untuk mencari pengalaman dan cabaran untuk saya sebagai jurulatih.

Tambah beliau lagi, pemergian beliau Thailand diharap dapat membuka peluang untuk lebih ramai jurulatih tempatan membimbing kelab di luar negara.

“Di samping membuka peluang untuk jurulatih-jurulatih Malaysia berada di luar negara juga,” tambah pengendali berusia 55 tahun itu.

Advertisements

Minggu lalu, para peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita peletakan jawatan Cheng Hoe sebagai jurulatih Selangor FC meskipun berjaya membawa The Red Giants layak ke ACL2 musim hadapan.

Jurulatih kelahiran Kedah ini memilih untuk mencari pengalaman baharu dengan berkelana ke negara jiran, Thailand untuk mengemudi kelab Police Tero FC bagi meneruskan baki saingan Liga 1 Thailand.

Aksi pertama Cheng Hoe bersama Police Tero menyaksikan pasukan bimbingannya itu diselamatkan dengan sepakan penalti untuk mengikat Nakhon Pathom 1-1.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram