Tan Cheng Hoe Mula Congak Strategi Pertaruhkan Pertahanan Muda
Dunia
FAM
Advertisements

Senarai pemain yang bakal dibawa oleh pasukan negara telah pun diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam yang menyaksikan beberapa muka baharu yang mendapat kepercayaan jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Sungguhpun begitu, posisi yang menjadi perhatian para penyokong bola sepak tanah air ialah barisan pertahanan yang memperlihatkan pemain-pemain baharu yang diketengahkan pada pemilihan kali ini.

Nama-nama seperti Shahrul Nazeem, Quentin Cheng dan juga pertahanan kiri Terengganu, Arif Fadzillah antara muka baharu yang dipanggil oleh barisan kejurulatihan bagi menggantikan beberapa orang pemain.

Advertisements

Quentin Cheng antara pemain yang mendapat perhatian musim ini setelah menjadi salah satu pemain yang beraksi dalam semua perlawanan Liga Super. Selain itu, pemain muda berusia 21 tahun ini juga menjadi watak penting dalam kemenjadian taktikal Tomas Trucha sehingga membawa pasukan Penang FC berada di tangga ketiga liga musim ini.

Bukan itu sahaja, kebolehan dan teknik yang dimiliki oleh pemain kacukan Australia-Malaysia ini memberi kelebihan buatnya selain kemampuan hantaran lintang yang cukup baik sering menjadi kunci kepada kejayaan pasukan.

Beliau telah pun berjaya melakukan 5 bantuan gol selain membentuk gandingan mantap bersama Al-Hafiz di bahagian kanan padang.

Advertisements

Seterusnya, pemain yang pertama kali dipanggil iaitu Shahrul Nazeem Zulpakar yang merupakan pertahanan tengah pasukan Selangor FC. Beliau berjaya memperoleh peluang beraksi selepas beberapa tonggak utama mengalami kecederaan.

Pertahanan berusia 21 tahun ini jelas tidak mensia-siakan peluangnya apabila tampil penuh keyakinan selain menjadi nadi di bahagian pertahanan pasukan.

Beliau berjaya beraksi sebanyak 14 perlawanan bersama The Red Giant selain menjaringkan 1 gol ketika menentang UITM FC.

Advertisements

Kebolehan beliau untuk membaca gerakan pemain lawan serta ketenangan yang dimiliknya telah berjaya menarik minat Cheng Hoe untuk menyerapnya ke dalam skuad.

Seorang lagi pertahanan muda berbakat yang mendapat tempat ialah pertahanan kiri pasukan Terengganu Fc iaitu Arif Fadzilah.

Pemain berusia 25 tahun itu menjadi nadi utama buat pasukan kendalian Nafuzi Zain dan seringkali menjadi tonggak utama di bahagian kiri.

Advertisements

Kecemerlangan aksi yang ditampilkan oleh beliau telah membantu pasukan untuk berada di tangga keempat Liga Super sungguhpun mampu untuk mengakhiri kedudukan dengan lebih baik.

Arif juga membentuk gandingan yang sangat baik bersama barisan serangan seperti Faiz Nasir dan juga Hakimi Abdullah.

Antara pemain muda yang turut dipanggil termasuklah penyerang muda, Luqman Hakim Samsudin, Mukhairi Ajmal dan juga Faisal Halim yang bakal menggalas cabaran negara Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram