Tangisan Bermakna Individu Bernama Arif Aiman

Arif Aiman Nangis Tangisan Bermakna Individu Bernama Arif Aiman
Johor Southern Tigers

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi mengalirkan air mata setelah pasukannya melakar kemenangan dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Ulsan Hyundai hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan JDT mencipta sejarah apabila muncul sebagai kelab pertama dalam Malaysia yang melayakkan diri ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL). 

Expand player

Pemain yang berusia 19 tahun, Arif Aiman menjadi wira pasukan pada babak-babak akhir permainan setelah usaha kerasnya membuahkan hasil, menatijahkan kepada jaringan kemenangan buat pasukan.  

Air mata Arif terus mengalir seusai wisel penamat ditiupkan pengadil perlawanan. Pemain yang sedang berada pada prestasi terbaik ini menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan pencapaian pasukan. 

Arif dalam laman Instagram miliknya telah membuat satu hantaran, mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong perjuangannya dan pasukan. 

“Syukur alhamdulilah, kita lakar sejarah baharu. Terima kasih atas semua sokongan,” tulis Arif di Instagram miliknya.

Impak luar biasa yang dibawa pemain ini di dalam padang telah melengkap malam gemilang JDT. Menurut penilaian yang diberikan oleh Sofascore, Arif Aiman mencatat 7.6 mata menyaksikan beliau berjaya melakukan 22 hantaran tepat dengan peratusan sebanyak 78.6%.

Aura pemain ini turut mendapat perhatian ramai pihak hingga nama Arif Aiman telah trending di laman Twitter. Banyak reaksi positif dan pujian yang dilontarkan oleh pengguna Twitter, menceritakan sisi individu pemain berbakat ini.

DEEE533E CAB3 4BEF AECF 9F078A9A3524 Tangisan Bermakna Individu Bernama Arif Aiman
Twitter

Konsistensi dan disiplin yang terserlah sejak dari awal kempen ACL telah menggegarkan nama pemain ini di pentas Asia. Arif Aiman – Permata berharga buat Malaysia, bakat terbaik yang mencipta fenomena buat negara.