Advertising
Tano Solari Dilantik Jurulatih Godoy Cruz
MakanBola
Godoy Cruz

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari sah mengemudi kelab Argentina, Godoy Cruz.

Pelantikan jurulatih berusia 44 tahun itu diumumkan pengurusan El Tomba menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka.

Ad

“Esteban Solari kini berada di La Bodega dan menyertai El Tomba! Selepas mengenali kelab, jurulatih baru Godoy Cruz bakal memulakan tugasnya bersama kelab Divisyen Pertama Argentina itu,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Godoy Cruz bertindak pantas membawa masuk Solari susulan prestasi buruk pasukan itu pada awal musim 2025.

Situasi ini menyebabkan pengurusan El Tomba bertindak memecat jurulatih sebelumnya, Ernesto Pedernera. Selain JDT, Solari juga pernah melatih kelab Chile, Everton de Vina del Mar.

Ad

Selepas pelantikannya disahkan, bekas jurulatih skuad remaja Rosario Central itu mengakui cukup teruja menyertai El Tomba.

Ad

“Saya cukup teruja dengan pengalaman baru ini dalam karier saya, untuk melakukannya di kelab ini yang juga satu institusi yang hebat.

Ad

“Kelab ini mempunyai corak permainan yang unik, sentiasa menekankan penguasaan bola yang baik dan itu sesuatu yang cukup menambat hati saya,” katanya.

Solari dijangka dibantu tiga staf kejurulatihan yang cukup dikenalinya iaitu Emerson Panigutti, Rodrigo Barrios dan Matias Navarro. Ketiga-tiga figura ini mengikut jejak Solari meninggalkan Everton de Mina pada penghujung tahun 2024.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments