Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari melakukan percaturan simpanan bagi menghadapi aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Perlawanan tumpulan Kumpulan l melibatkan Harimau Selatan dan Kawasaki Frontale yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.
Pengendali kelahiran Argentina itu dilihat sudah mula merangka pelan kedua untuk membentuk skuad ampuh di kejohanan tersebut.
Berdasarkan dua aksi terakhir pasukan berdepan Kedah Darul Aman dan Negeri Sembilan bagi aksi Piala Malaysia, ramai pemain muda telah diberi peluang untuk beraksi.
Peluang yang diberikan kepada beberapa pemain muda seperti Daryl Sham dan Aysar Hadi selain beberapa pemain seperti Safiq Rahim, Syahmi Safari, Syamer Kutty dan Akhyar Rashid juga diberi peluang.
Pertembungan penting ini juga bakal memperlihatkan percaturan ampuh pengendali muda ini setelah beberapa pemain seperti Diogo dan Forestieri sudah pulih daripada kecederaan.
Rekod 5 perlawanan akhir tanpa kalah menerusi beberapa pertukaran pemain menunjukkan kesediaan pasukan untuk bersaing pada tahap tertinggi.
Perlawanan tumpuan ini berlangsung pada 19 September 2023 di Johor Bharu dengan 35,000 orang penyokong dijangka membanjiri stadium.