Tano Solari Memang Menantikan Aksi Bertemu Kedah
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari atau Tano Solari mendedahkan bahawa perlawanan Liga Super bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) adalah salah satu perlawanan yang sangat dinantikan olehnya.

Solari juga menghormati pasukan Kedah kerana beraksi dengan baik dalam saingan liga sehingga berada di tangga kedua liga. Walaupun menghormati skuad kendalian Nafuzi Zain itu, Solari tetap mensasarkan tiga mata penuh.

Advertisements

“Kami perlu menghormati Kedah kerana mereka telah berusaha dan kini berada di tangga kedua liga. Ia sentiasa sesuatu yang kami nantikan, aksi yang mencabar dan tugas yang lebih sukar. Namun kami tetap akan berusaha untuk memastikan kemenangan dan tiga mata penuh menjadi sasaran utama,” jelas Solari.

Ketika ditanya mengenai keadaan penyerang berbisa mereka, Bergson da Silva yang baru pulih daripada kecederaan, Solari akui tidak mahu tergesa-gesa menggunakan khidmat pemain itu kerana segalanya perlu melalui satu persatu proses.

Advertisements

“Mengenai Bergson, kami perlu mengambil langkah demi langkah dan memastikan dia kembali ke tahap terbaik,” jelasnya lagi seperti dilaporkan Astro.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada 11 Oktober tahun lalu yang mana menyaksikan JDT menang 4-2 dalam aksi yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman. Pastinya banyak mata akan tertumpu kepada perlawanan JDT, Kedah ini. Adakah JDT akan terus menjarakkan diri di persada liga ataupun Kedah bakal

Advertisements

News Comments Account