Tatsuma Yoshida Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Singapura
Dunia
FAS
Advertisements

Pengendali pasukan Singapura, Tatsuma Yoshida hari ni ini telah mengesahkan bahawa beliau sah melepaskan jawatan yang disandangnya selaku ketua jurulatih pasukan setelah berjaya membawa pasukan ke separuh akhir.

Dalam edisi Piala AFF kali ini, jurulatih yang berasal daripada Jepun itu cemerlang memimpin pasukan Singapura untuk mengharungi kempen yang cukup cemerlang sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh Indonesia.

Namun begitu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), menerusi satu persetujuan bersama, pengendali berusia 47 yang mengambil alih pasukan sejak tahun 2019 akan pulang ke Jepun dan bersama keluarganya disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda.

Advertisements

Sungguhpun begitu, Tatsuma mengakui bahawa keputusan yang cukup berat ini terpaksa diambil setelah menilai beberapa perkara. Mengambil kira faktor dekat dengan keluarga, namun Tatsuma tidak menolak bahawa ada pasukan yang berminat ketika di Korea.

‘Ini bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat. Dua tahun ketika saya di sini amatlah bermakna dan sudah pastinya saya merindui ‘keluarga’ di sini dengan sepenuh hati,’-Jelas Tatsuma dalam satu kenyataan.

FAS akan terus mencari pengganti Tatsuma pada Januari 2022 bagi memastikan kempen di kelayakan Piala Asia 2023 berjalan dengan lancar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram