Blog
Getty Images
Advertisements

Tottenham Hotspurs ketika ini jatuh ke tangga 11 liga selepas menerima 3 kekalahan berturut-turut namun prestasi Harry Kane turut menjadi bualan ramai apabila beliau masih kempunan gol walaupun sudah beraksi dalam 5 perlawanan.

Pemain utama skuad England ini mengharungi permulaan musim yang tidak menentu apabila perpindahan beliau ke Manchester City dihalang oleh Tottenham. Harry Kane turut dilanda beberapa kontroversi seperti tidak hadir ke sesi latihan dan perlawanan pra musim Tottenham namun beliau kemudian meminta maaf atas perkara tersebut melalui Twitter rasmi beliau.

Walaupun jendela perpindahan musim panas telah berlalu dan Harry Kane sudah melupakan senario perpindahan beliau Manchester City, prestasi beliau bersama Tottenham pada musim ini menunjukkan bahawa beliau seakan-akan masih memendam rasa ingin berpindah ke kelab Manchester tersebut.

Advertisements
harry kane tottenham Tawar Hati Punca Prestasi Harry Kane Merudum?
Aksi Harry Kane bersama Tottenham

Gagal menjaringan sebarang gol atau mencipta assist dalam 5 perlawanan musim ini membuktikan bahawa prestasi Harry Kane mula merudum dan fikiran beliau masih terganggu. Kane kini gagal menjaringkan sebarang gol dalam 5 perlawanan pertama beliau sejak kali terakhir pada musim 2015/2016 menurut Sky Sport.

Malah beliau hanya mencatatkan 4 percubaan ke gawang gol, 2 dari luar kotak penalti dan 2 lagi dalam kotak penalti. Rio Ferdinand turut menyatakan bahawa Harry Kane sudah tiada hati dan tidak gembira berada di Tottenham setelah melihat prestasi Kane dalam beberapa perlawanan lalu menurut Daily Mail.

Penyerang England berusia 28 tahun ini ingin berpindah keluar dari Tottenham kerana mahu mendakap piala kejuaraan setelah beliau gagal meraih sebarang kejuaraan bersama Spurs. Ini kerana beliau sudah berada dipuncak usia iaitu 28 tahun dan belum meraih sebarang kejuaraan.

Advertisements
Aksi Harry Kane bersama England

Namun ada juga yang beranggapan bahawa prestasi merudum Harry Kane adalah kerana peranan berbeza yang ditampilkan beliau dibahagian serangan dibawah kendalian pengurus baru Tottenham, Nuno Espirito Santo.

Malah ada juga yang menyatakan bahawa Spurs mengalami kekalahan kerana mengharungi 2 perlawanan sukar berturut-turut iaitu menentang Chelsea dan juga Arsenal.

Prestasi merudum Harry Kane pada permulaan musim ini telah dikaitkan dengan isu perpindahan beliau ke Manchester City yang tidak kesampaian. Jika beliau terus gagal menemui rentak permainan, tidak mustahil kelab akan melepaskan penyerang ini ke Manchester City pada bulan Januari akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram