“Team Talk” Luar Biasa Herve Renard Pacu Kemenangan Arab Saudi
TV
Daily Mail UK
Advertisements

Disebalik kemenangan luar biasa Arab Saudi atasi Argentina, terdapat satu elemen penting yang menjadi faktor penting Arab Saudi bangkit menewaskan gergasi Amerika Selatan tersebut iaitu kata-kata motivasi di bilik persalinan.

Ketua jurulatih Arab Saudi dari Perancis, Herve Renard berjaya membangkitkan semangat pemain Arab Saudi agar bangkit mencapai kemenangan dan selepas itu boleh bergambar dengan Messi dengan nada sinisnya.

“Apa yang kita buat di sini? Adakah ini cara kita menekan (lawan)? Menekan lawan tidak bermaksud kamu harus naik ke atas.

Advertisements

“Messi di tengah padang, dia ada bola, kamu kekal di depan pertahanan!

“Kamu tak tahu kamu harus jaga dia di tengah kah?

Beliau dengan nada sinis memerli pemainnya yang ketinggalan 1-0 semasa rehat separuh masa pertama agar mengambil telefon bimbit dan ambil gambar bersama Messi.

Advertisements

“Ambil telefon anda dan kamu boleh ambil gambar bersama Messi jika kamu mahu!

Beliau juga menerangkan corak taktikal yang harus para pemainnya lakukan untuk bangkit di separuh masa ke-2.

Video “team-talk” Arab Saudi ini telah dimainkan lebih 3 juta kali selepas ia dimuat naik di halaman facebook Oh My Goal dan beberapa media lain.

Advertisements

Bersambung babak ke-2, Arab Saudi bangkit memperoleh 2 jaringan tambahan menerusi jaringan Saleh Alshehri dan Salem Aldawsari.

Arab Saudi bakal bertemu Poland malam ini jam 9:00 malam di Stadium Education City untuk aksi ke-2 kumpulan C.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram