Teknologi Catapult Buktikan Pemain Malaysia Semakin Efisien Dalam Padang
Harimau Malaya
Advertisements

Teknologi Catapult yang digunakan skuad Harimau Malaya membuktikan para pemain Malaysia kini semakin efisien diatas padang.

Perkara ini dibahaskan pemerhati bola sepak tempatan, Hafizal Hamad, Richard Scully, Asmawi Bakiri dan Razman Roslan dalam segmen NindiaBola di Astro Arena. Mereka menjelaskan purata persembahan yang ditampilkan anak buah Kim Pan-gon amat-amat baik.

“Dia (Junior Eldstal) punya workrate tinggi. Kalau kita boleh tengok dia punya Catapult tu saya kira dekat 13 hingga 14 Kilometre dia catat. Ini bacaan daripada Catapult, tak boleh tipu punya,” ujar Richard Scully.

Advertisements

Asmawi Bakiri dalam pada itu sempat menunjukkan satu tangkap layar HeatMap pemain Harimau Malaya. Disitu kita dapat lihat penguasaan pemain di atas padang.

“Jumlah larian yang dibuat oleh Faisal Halim pada malam perlawanan berdepan dengan China adalah sebanyak 11 Kilometre. Ini selepas perbualan saya dan beliau pada malam tersebut. 11 Kilomtere pergerakan Faisal Halim yang dicatat dengan Catapult,” ujar Faisal Halim.

Untuk makluman, Catapult ini digunakan bagi menyimpan data pemain dari segi kecergasan dan rekod pergerakan pemain bagi pantauan barisan jurulatih.

Advertisements

Sistem analisis prestasi Catapult Sport System ini adalah satu perisian yang sudah digunakan secara meluas oleh kebanyakan kelab ternama dunia. Ia berfungsi untuk merekod koordinasi, kelajuan, pecutan, arah dan intensiti pergerakan seseorang pemain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram