Tempoh Berkurung Liverpool Dilanjutkan
Dunia
Advertisements

Tempoh kawalan pergerakan pasukan Juara Liga Perdana Inggeris, Juara Liga Juara-Juara dan Juara Dunia, Liverpool dilanjutkan selepas tewas 3-2 kepada Manchester United dalam saingan Piala FA di Old Trafford.

United mencatatkan kemenangan 3-2 hasil jaringan Mason Greenwood, Marcus Rashford dan pemain simpanan, Bruno Fernandez manakala Salah menjaringkan kedua-dua gol Liverpool.

Terdapat banyak meme berkeliaran sejurus kekalahan Juara Dunia tersebut seperti taktik menjerit dan pelbagai lagi.

Advertisements

Selain itu Bruno juga seperti meraikan sesuatu yang sangat hebat apabila berjaya menjaringkan gol bukan dengan sepakan penalti.

Sementara itu Puan Nora mempersoalkan apa pula yang akan Klopp royankan selepas ini seperti VAR, penalti dan lain-lain.

https://twitter.com/NoraUtd/status/1353415758173392897?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1353415758173392897%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fthepeoplesperson.com%2F2021%2F01%2F25%2Fman-united-fans-troll-jurgen-klopp-on-social-media-following-cup-win-221492%2F

7 perlawanan terakhir Liverpool menyaksikan skuad jagaan Klopp ini hanya menang 1 perlawanan, 3 seri dan 3 tewas dalam singan Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Advertisements

Terkeluar dari singan Piala FA, Liverpool juga kini ditangga ke-4 Liga dan berisiko terjerumus ke tangga 6 liga sekiranya Spurs dan Everton berjaya mencatakan keputusan menang selepas ini.

Liverpool juga bakal bertemu skuad kendalian Jose Murinho, Spurs hari Jumaat ini dan keputusan seri ataupun tewas merisikokan lagi kawalan pergerakan Liverpool dilanjutkan sehingga tarikh tertentu.

Penyokong Liverpool juga mula mempersoalkan Klopp dan hashtag #kloppout mula tersebar di media sosial.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram