Dunia
Instagram: @officialpenangfc
Advertisements

Pemain muda pasukan Penang FC hari ini mengesahkan bahawa beliau telah menerima tawaran rasmi daripada sebuah kelab yang berpangkalan di Croatia.

Teo yang memuat naik surat tawaran tersebut di laman Instagram Story beliau pada hari ini sambil mengucapkan selamat tinggal kepada majikannya iaitu Penang FC.

Sambil itu, difahamkan tawaran yang diterima oleh beliau adalah untuk bermain bersama pasukan NK Precko Zagreb yang berpangkalan di Croatia.

Advertisements

Tawaran yang diterimanya itu menyatakan bahawa beliau akan bermain selama satu musim bersama skuad bawah-19 kelab tersebut. Tan akan terbang ke sana setelah segala urusan melibatkan permohonan visa dan dokumen sudah selesai.

Tan Wei Kern juga menggambarkan rasa teruja dan terharu apabila menerima tawaran tersebut sambil menyatakan bahawa beliau tidak sabar untuk memulakan musim baru bersama kelab tersebut.

Semoga beliau terus mengembangkan bakat dan potensinya di sana agar pengalamannya dapat menyumbang kepada kemenjadian skuad kebangsaan kelak.

Advertisements
surat tawaran Pengalaman Pentas Eropah, Teo Wei Kern Dilamar Kelab Croatia
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram