Terengganu Baham PDRM
Persahabatan
PDRM FC
Advertisements

Terengganu mencatatkan kemenangan pertama dalam siri pra-musim setelah menewaskan PDRM dalam aksi persahabatan yang diadakan pada Selasa.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang menyaksikan PDRM menurunkan beberapa mula baharu seperti Friday Obilor, Bryan See dan Shahrel Fikri bagi menguji keserasian sepasukan.

Manakala Tomislav Steinbruckner pula mempertaruhkan gandingan dua pemain sayap lincah kebangsaan, Safawi Rasid dan Akhyar Rasyid bagi membantu Ismaheel Akinade di bahagian jentera serangan Skuad Penyu.

Advertisements

Terengganu yang tewas mengejut 1-2 kepada Selangor II pada Ahad bangkit mempamerkan permainan pantas bagi menyekat hajat tuan rumah mencari kemenangan.

Permainan cemerlang yang ditampilkan oleh Terengganu menyaksikan naib juara Piala Malaysia 2023 itu selesa mendahului 4-0 apabila separuh masa pertama berakhir.

Gol-gol Terengganu dihasilkan menerusi dua jaringan Ismaheel Akinade dan satu gol masing-masing daripada Manuel Ott dan Nurillo Tukhtasinov.

Advertisements

Kembali dari rehat, set pemain berbeza diturunkan oleh ketua jurulatih Terengganu bagi menguji para pemain mereka.

Terengganu mendapat dua gol tambahan di separuh masa kedua hasil jaringan Ismaheel Akinade dan Engku Syakir manakala gol tunggal PDRM disumbangkan pemain import baharu, Friday Obilor.

Tamat perlawanan, PDRM 1-6 Terengganu.

Advertisements

Selepas ini, Terengganu akan berdepan Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi dalam aksi persahabatan seterusnya dalam jelajah pra-musim mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram