Terengganu Tewas Mengejut Kepada Selangor II
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu dan Selangor II hari ini berentap dalam satu aksi persahabatan pra-musim di Pusat Latihan Selangor FC.

Terengganu turun dengan membariskan barisan terkuat dengan kehadiran beberapa muka baharu seperti Safawi Rasid, Manuel Ott, Ismaheel Akinade dan Matthew Steenvoorden dalam kesebelasan utama pasukan.

Aksi di separuh masa pertama tamat dengan tiada sebarang gol dihasilkan kedua-dua pasukan. Terengganu dan Selangor II masing-masing buntu untuk membuka tirai jaringan.

Advertisements

Bersambung aksi di babak kedua permainan, Terengganu tak tunggu lama untuk mendahului perlawanan.

Pada minit ke-50 permainan, bekas pemain Selangor Nik Sharif Haseefy mencatat nama sebagai penjaring apabila pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Bagaimanapun jaringan itu tak bertahan lama selepas ubi muda Selangor, Haikal Danish meledak lima minit selepas jaringan Terengganu terhasil.

Advertisements

Tak terhenti setakat itu, giliran Aiman Hakim pula mencatat nama sebagai penjaring untuk Selangor II mendahului pada minit ke-65 permainan. Jaringan Aiman Hakim memastikan Selangor mendahului aksi hingga minit akhir permainan.

Aksi tamat, Terengganu 1-2 Selangor II.

Anak buah kendalian Tomislav Steinbruckner terpaksa akur apabila tunduk kepada pasukan tuan rumah. Selepas ini, Terengganu akan turun berdepan pasukan PDRM dalam satu lagi aksi persahabatan pada Selasa bagi melengkapkan kempen pra-musim pasukan 2024/2025.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram