Liga Premier: Terengganu II Bangkit Ikat Kelantan
Dunia
TRWKelantan FC
Advertisements

Pertembungan penting antara pendahulu Liga Premier, Kelantan menentang Terengganu II berlangsung dengan cukup menarik selepas aksi mantap kedua-dua pasukan menghangatkan pertembungan di Kota Bharu.

Kelantan turun dalam misi penting untuk memungut mata jelas bermula dengan cukup baik apabila memperoleh jaringan awal.

Pasukan kendalian Rezal Zambery Yahya terus mengasak gawang pasukan lawan dan hasilnya, gol pembukaan dijaringkan oleh penyerang sensasi Kelantan, Nurshamil Abd Ghani.

Advertisements

Beliau melihat situasi ketika kealpaan barisan pertahanan Terengganu dimanfaatkan sebaik mungkin apabila beliau merampas bola dari lawan sebelum melepaskan satu rembatan pada minit ke-4.

Tidak terhenti di situ, pasukan tuan rumah terus melakukan tekanan kepada pertahanan lawan dan hasilnya, rembatan deras Zulfahmi meletakkan Kelantan selesa mendahului permainan.

Terengganu memerlukan sekitar 30 minit sebelum mendapat rentak dan kemudiannya, gol pertama pasukan hadir menerusi sepakan penjuru yang mudah ditanduk masuk oleh Fazli Ghazali.

Advertisements

Semangat melawan Terengganu II jelas terpapar apabila mereka terus menghukum kealpaan pertahanan Kelantan dengan satu sepakan deras dari luar kotak penalti.

Bersambung babak kedua, permainan berlangsung dengan cukup berjaga-jaga apabila kedua-dua pasukan tidak mahu dibolosi.

Barisan pertahanan Kelantan berhempas-pulas untuk mengawal keadaan sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata.

Advertisements

Kelantan kini perlu memastikan mereka tidak keciciran mata dalam usaha untuk menjulang Liga Premier musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram