Terengganu Catat Jualan Tiket Hampir RM1 Juta
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Naib juara Liga Super 2022, Terengganu FC dilaporkan telah berjaya mengutip jumlah jualan sehingga mencecah RM 1 Juta pada aksi Piala Malaysia setakat ini.

Pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur ini merupakan antara pencabar utama kejuaraan Piala Malaysia kali ini selepas lolos ke peringkat separuh akhir buat kali kedua berturut-turut.

Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para penyokong juga menjadi antara kunci kepada konsistensi pasukan pada musim ini.

Advertisements

Terengganu yang dibimbing pengendali muda, Nafuzi Zain difahamkan telah memungut hasil jualan yang cukup baik pada pusingan 16 dan juga suku akhir ini.

Kehadiran di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menunjukkan kehadiran yang amat memberangsangkan sekaligus membantu menjana pendapatan buat kelab.

25, 355 ribu penonton direkodkan hadir memberikan sokongan pada peringkat suku akhir kedua semalam sementara 17,350 ribu hadir pada pusingan 16 terbaik menentang Sri Pahang sebelum ini.

Advertisements

Hal ini turut mendapat perhatian oleh penolong jurulatih pasukan yang mesra dikenali sebagai Joe kerana sokongan padu diberikan oleh seluruh rakyat Terengganu buat pasukan kesayangan mereka.

Terengganu kini dalam misi mara ke pentas akhir Piala Malaysia selepas melangkah ke final Piala FA tempoh hari. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram