Terengganu FC lancarkan Akademi Bola Sepak Sendiri, Sasar Lahir Lebih Ramai Bakat Baru
Dunia
Terengganu Football Club
Advertisements

Kelab Liga Super Malaysia, Terengganu FC mengorak langkah kehadapan apabila melancarkan Akademi Bola Sepak Terengganu Football Club (TFC Academy) untuk program pembangunan akar umbi di negeri tersebut.

Lebih meyakinkan adalah program ini telah mendapat kerjasama daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) yang bertujuan khas untuk sukan di negeri Terengganu dan juga jalinan kerjasama bersama National Football Development Program (NFDP). 

Program akar umbi ini melibatkan kanak-kanak berumur 6 hingga 15 tahun. Ia bertujuan untuk mengasah bakat dan kemahiran dalam sukan bola sepak yang dikendalikan oleh pihak pengurusan TFC sendiri. 

Advertisements

Melalui kerjasama ini, para pelatih akan diterapkan pembelajaran dari beberapa aspek. Antaranya ialah modul asas bola sepak, pengetahuan bahasa inggeris, pengetahuan sains sukan serta sudut kaunseling dan kerjaya. 

Dalam pada itu, para pelatih juga akan didedahkan dengan peluang kerjaya dalam sukan bola sepak yang bukan terhad sekadar menjadi pemain dan jurulatih sahaja, akan tetapi peluang graduan akademi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti. 

Untuk makluman, para pelatih juga akan didedahkan dengan pertandingan liga bola sepak serta perlawanan-perlawanan menentang kelab tempatan dan juga luar negara. 

Advertisements

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TFC, beliau menjelaskan bahawa empat modul utama yang diterapkan kepada para pelatih bakal melahirkan pemain bola sepak tempatan yang berkualiti dan berdaya saing. 

“Akademi yang diwujudkan TFC ini bukan sahaja mendidik dan melatih pelatih dalam modul asas bola sepak, malah kita akan menerapkan modul seperti pengetahuan asas sains sukan, pengetahuan bahasa inggeris dan juga kepentingan halatuju kerjaya pelatih itu sendiri”

“Saya yakin empat modul yang diterapkan dalam akademi bola sepak terengganu ini sangat menyeluruh untuk melahirkan pemain yang berkualiti bukan sahaja bukan diperingkat kebanggsaan. Malah mampu bersaing di peringkat antarabangsa.“ 

Advertisements

Akademi bola sepak Terengganu ini merupakan inisiatif terbaik pengurusan TFC dalam kemenjadian seorang pemain bintang di masa akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram