Terengganu Giat Naik Taraf Fasiliti Latihan Menjelang Musim 2023
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Persiapan Terengganu untuk Liga Super musim 2023 bukan setakat berlaku di atas padang. Di luar padang, pengurusan skuad Peteh sedang sibuk menaik taraf kemudahan pusat latihan mereka.

Proses ini dibuat secara berperingkat-peringkat tanpa mengganggu sedikit pun persiapan skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner menjelang saingan liga yang bermula pada akhir Februari ini.

Antara penambahbaikan terbaru yang ditambah pada pusat latihan skuad Penyu ialah penambahan bumbung di ruangan rehab luaran dan penyediaan spinning bike untuk kegunaan pasukan. Selain itu, beberapa penambahbaikan turut dibuat pada bilik perbincangan pegawai dan bilik persalinan pemain.

Advertisements

Pusat latihan Terengganu dibina berdasarkan konsep rumah kontena di mana ia bukan saja menjimatkan dari segi kewangan. Malah, ia juga bersifat mesra alam kerana menggunakan semula besi keluli yang terpakai dan tidak merosakkan alam sekitar.

Penaiktarafan sebegini nampak kecil pada mata kasar. Tetapi secara perlahan-lahan, ia meletakkan Terengganu berada pada landasan tepat untuk menjadi pasukan elit seperti JDT.

Pada masa sama, idea pusat latihan berasaskan rumah kontena yang digunakan Terengganu juga dianggap solusi terbaik kepada pasukan-pasukan yang mahu memiliki kemudahan sama tetapi berdepan kekangan kewangan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram