“Terengganu Guna Pemain Sama, Kami Bertukar Jadi Ia Sukar” – Mariano Echeverría
MFL
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Mariano Echeverría bannga dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya dalam aksi final menentang Terengganu II (TFC II) malam semalam.

Meskipun tewas 0-1 kepada TFC II, jurulatih dari Argentina itu tetap memuji usaha dan kerja keras yang dilakukan pasukannya sepanjang menghadapi saingan Piala MFL musim ini.

Beliau dalam pada itu menganggap pemain Terengganu dilihat lebih miliki kelebihan kerana skuad dan pilihan pemain mereka sama dalam setiap aksi dan ia berbeza dengan JDT II.

Advertisements

“Final ini saya lihat jadi lebih sukar kerana Terengganu menggunakan pemain yang sama namun pasukan kami bertukar-tukar, jadi ia sukar. Akan tetapi pasukan ini telah bekerja keras, mereka berlatih dan saya gembira akhirnya sampai hingga di pentas final.”

Pengendali berusia 42 tahun ini akui hanya dengan satu kesilapan, ia mampu mengubah keputusan perlawanan. Beliau terima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan mana-mana pemain kerana baginya

Advertisements

“Sebenarnya sangat sukar beraksi di sini. Kami dihukum dengan satu kesilapan dan kesilapan itu menewaskan kita. Akan tetapi kita tidak boleh menyalahkan sesiapa, kita harus terima dan cuba lagi pada saingan seterusnya.”

Jaringan tunggal pemain gantian, Isa Raman memastikan trofi Piala MFL dijulang TFC II buat juling kalinya. Aksi final Piala MFL 2023 tersebut menyaksikan TFC II mencatat kemenangan 1-0 keatas JDT II.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram