Terengganu Jumpa KL City Di Suku Akhir Piala Malaysia
MakanBola
Terengganu / Kuala Lumpur City
Sponsors

Pasukan Terengganu dan KL City mengesahkan slot ke pentas suku akhir selepas menewaskan lawan masing-masing dalam aksi pusingan 16 saingan Piala Malaysia 2022.

Terengganu di bawah kendalian Nafuzi Zain mudah menundukkan pasukan Sri Pahang apabila mereka menang dengan agregat yang cukup besar iaitu 9-3. Perlawanan hari ini menyaksikan Terengganu menang 4-2 menerusi jaringan Kpah Sherman, Faisal Halim dan Azam Azmi Murad.

Ad
Sponsors

Pasukan KL City pula mengukuhkan cengkaman pada aksi kedua pusingan 16 setelah menewaskan pasukan PDRM dengan keputusan 1-0. Juara Piala Malaysia 2021 ini cemerlang memastikan slot ke suku akhir dalam genggaman.

Ad

Kuala Lumpur dan Terengganu akan beraksi dalam suku akhir pertama pada 6 November di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Sementara dua lagi pasukan, Selangor dan Negeri Sembilan turut mengesahkan kemaraan setelah mengenepikan lawan masing-masing. Lapan pasukan bakal berentap di peringkat suku akhir dalam usaha melayakkan diri ke pentas separuh akhir Piala Malaysia 2022.

Ad

Ad