Terengganu Kemarau Aksi Bola Sepak Setelah 3 Perlawanan Awal Ditunda
Dunia
Terengganu Football Club
Advertisements

Perlawanan kedua liga super melibatkan pasukan Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC yand dijadualkan pada 9/3/2022 (Rabu) terpaksa ditunda ekoran 15 pemain dan pegawai pasukan Negeri Sembilan disahkan positif Covid-19.

Malah satu lagi perlawanan bagi saingan Piala FA 2022 yang akan sekali lagi mempertemukan Terengganu dan Negeri Sembilan pada 13/3/2022 (Ahad) juga turut ditunda. Sebelum ini perlawanan pertama liga super antara Terengganu dan Sri Pahang turut ditunda akibat kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pemain Sri Pahang.

Kenyataan rasmi di Instagram Terengganu Football Club

Ini menjadikan 3 perlawanan awal Terengganu FC telah ditunda dan mereka perlu menunggu sehingga bulan April untuk bermain kali pertama dalam saingan liga super musim ini. Aksi Terengganu yang seterusnya ialah menentang PJ City pada 6 April kelak.

Advertisements

Situasi ini pasti sedikit sebanyak mengganggu pasukan Terengganu FC tatkala pasukan lain sudah mula mengharungi aksi liga super. Malah perkara ini juga dilihat mengundang kekecewaan para penyokong Terengganu apabila perlu menunggu lama untuk melihat pasukan mereka beraksi pada tahun ini.

Penyokong Terengganu yang telah membeli tiket perlawanan bagaimanapun boleh menyimpan tiket tersebut untuk digunakan dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan yang akan dijadualkan semula kelak.

Advertisements

Saingan Liga Super baru memasuki minggu kedua namun terdapat 3 perlawanan yang perlu ditunda ekoran kes Covid-19 sekali gus menyebabkan penjadualan semula aksi yang tertunda perlu dibuat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram