Advertisement
“Terengganu Lawan Terkuat Melaka Musim Ini” – Pedro Hipolito
Piala FA
MakanBola
Melaka FC

Perlawanan pusingan kedua Piala FA Terengganu-Melaka dianggap tugas sukar buat anak-anak buah Pedro Hipolito. Malah, jurulatih Portugal itu turut mengakui skuad Peteh sebagai antara lawan terkuat pasukan Liga M3 itu musim ini.

Terengganu sudah mula menemui rentak di bawah bimbingan jurulatih Tomislav Steinbruckner. Dengan tiga kemenangan dari tiga perlawanan liga terbaru mereka, anak-anak buah Steinbruckner pastinya mahu meneruskan kecemerlangan ke atas lawan yang berlainan divisyen daripada mereka.

Justeru, Hipolito mahu anak-anak buahnya fokus terhadap lawan mereka pada malam ini. Jika tidak, Melaka berdepan kemungkinan menjadi mangsa belasahan skuad Penyu.

“Ya, memang betul. (Mereka) merupakan pasukan terkuat yang dihadapi kami musim ini. Terengganu merupakan salah satu daripada pasukan yang terkuat di Malaysia.

“Memang benar kami menentang pasukan terkuat untuk musim ini. Tetapi tanpa sebarang tanggungjawab, mereka boleh melakukannya memandangkan mereka merupakan pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan (Piala FA) ini.

“Sementara kami pula pasukan (Liga) M3, pasukan baru yang dibentuk dalam tempoh empat bulan. Jadi, kami rancang untuk bentuk pasukan dengan rasa cinta agar dapat membentuk pasukan yang kuat dalam liga.

“Ya, memang benar mereka pasukan terkuat yang perlu kami hadapi musim ini. Tetapi tanggungjawab (membuktikan status pasukan pilihan) juga perlu digalas oleh Terengganu,” katanya kepada Astro Arena semalam.