Advertisement
Terengganu Menang, Kasut Habib Haroon Pula Diperhatikan
AFC Cup
MakanBola
Terengganu FC

Perlawanan Piala AFC 2023 antara pasukan Terengganu dan juga Stallion Laguna mencuri tumpuan selepas yang terarah kepada kapten pasukan Terengganu, Habib Haroon.

Aksi yang berlangsung di gelanggang lawan itu menyaksikan kebangkitan dramatik anak buah Tomislav Steinbruckner telah membantu untuk memperoleh kemenangan 3-2 di gelanggang lawan.

Jaringan akhir perlawanan oleh pemain sayap lincah skusd Peteh, Sony Norde telah memastikan Terengganu berjaya menekan kedudukan Central Coast Mariners selaku pendahulu kumpulan.

Wakil Malaysia itu menghadapi permulaan yang agak mencabar selepas terpaksa beraksi di atas padang tiruan namun mengatasinya dengan baik.

Gelagat tertumpu kepada penggunaan kasut Habib Harool yang kelihatan berbeza daripada rakan sepasukan yang lain.

Beliau dikesan menggunakan kasut hoki berjenama nike ketika mempamerkan aksi terbaik menentang jaguh Filipina itu.

Pemain terbaik perlawanan diberikan kepada Sony Norde yang memperagakan aksi konsisten sepanjang 90 minit beraksi.

@fariszukeiman

Saddil Ramdani angkat martabat kelab Malaysia di Asia. 🔥 Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #SaddilRamdani #SabahFC #Sabah #AFCCup #TimnasIndonesia #CapCut

♬ Jangan Gila Dong (Club Edit) – Lolita

Terengganu memiliki misi besar untuk berdepan JDT di pentas akhir Piala Malaysia 2023 pada 9 Disember 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.