Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh sejujurnya tidak mahu bermusuh dengan kapten skuad kebangsaan, Faisal Halim berhubung isu yang tular baru-baru ini.
Beliau mahu terus fokus membangunkan kelab dan mengenai persoalan yang dikeluarkan oleh Faisal Halim semuanya telah dijawab oleh pihak pengurusan.
Walaubagaimanapun, Ab Rasid mahu mengucapkan tahniah ke atas bekas pemain Terengganu itu kerana diberikan tanggungjawab besar memikul tugas sebagai ketua pasukan kebangsaan.
“Pertama saya ucapkan tahniah kepada Faisal iaitu bekas pemain TFC yang kini menjadi kapten pasukan kebangsaan, itu bukan satu perkara yang mudah, mengenai isu dengan pemain itu, semua jawapan sudah diberikan oleh Presiden PBSNT sebelum ini, jadi yang lain-lain itu urusan kami (TFC) untuk seterusnya.
Beliau enggan mengeruhkan lagi keadaan dan tidak mahu bermusuh dengan sesiapun lebih lebih lagi dengan bekas pemain kelan.
Beliau dalam pada itu mahu Faisal Halim kekal fokus dengan skuad Harimau Malaya dalam misi wajib menang ke atas Singapura pada Selasa ini.
“Kita akan terus ke depan, perkara seperti itu kita tidak mahu mencari musuh dengan orang, orang pun tidak mahu mencari musuh dengan kita, kita semua kawan, Liga M pun ruangannya kecil, oleh sebab itu kita tidak pernah membuat sebarang kenyataan kecuali yang dibuat oleh Presiden PBSNT yang juga Menteri Besar Terengganu.
“Saya harap Faisal terus memberi tumpuannya kepada pasukan Malaysia terutama berdepan dengan Singapura nanti dalam misi layak ke separuh akhir Piala AFF,” katanya dipetik daripada Harian Metro.