Advertising
Terengganu Tundukkan Juara Liga Kemboja, Phnom Penh Crown
MakanBola
terengganu football club

Pasukan Terengganu menampilkan aksi yang cukup mantap selepas berjaya menundukkan Juara Liga Perdana, Phnom Penh Crown dengan keputusan 3-1.

Penyerang muda Terengganu, Engku Shakir memecah kebuntuan gol pada minit ke-58 permainan selepas sepakannya melemaskan penjaga gol Phnom Penh Crown.

Selang 10 minit permainan, gerakan licik serta penyudah yang berbisa daripada Ridzuan Razali memberi kelebihan jaringan buat Terengganu. 

Ad

Pada minit ke-79, pemain baharu Terengganu, Nik Sharif berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam debut pertama selepas berjaya meloloskan diri daripada perangkap offside

Ad
Ad

Phnom Penh Crown akhirnya berjaya membuka akaun jaringan selepas pemain tengah, Sath Rozak melakukan sepakan deras dalam kotak penalti menewaskan Nasrulhaq. 

Keputusan kekal sehingga tamat permainan. Terengganu akhirnya berjaya menewaskan Juara Liga Kemboja buat kali pertama selepas terikat dengan satu jaringan pada perlawanan pertama tempoh hari. 

Perlawanan persahabatan yang ketiga, Terengganu akan bertemu kelab daripada Singapura, Balesthier Khalsa FC pada 10 Jun ini.