Terima ‘Habuan’ RM1.2 Juta, Kedah & Peledak JDT Kembali Bersatu?
Transfer
Kedah Darul Aman
Advertisements

Desas-desus mengenai perkhabaran pasukan Kedah Darul Aman kembali menjadi bualan selepas dikhabarkan seorang bintang berbakat JDT akan memperkuat pasukan bagi musim 2024/25.

Sang Kenari mengharungi musim yang amat memberangsangkan apabila menamatkan saingan Liga Super 2023 di tangga ke-4.

Kejayaan menamatkan saingan dalam kelompok 4 pasukan terhaik di Liga Super Malaysia membantu pasukan utara tanah air itu menerima wang agihan yang lumayan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Advertisements

Sistem pengagihan kepada 14 kelab Liga Super 2023 ini bakal menyaksikan peningkatan sebanyak lebih 96.55 peratus iaitu RM15.675 juta berbanding RM7.975 juta yang diagihkan kepada 14 kelab yang sama musim lalu. 

Agihan musim ini akan membolehkan enam kelab terbaik dalam liga memiliki peluang untuk membawa pulang lebih RM1 juta manakala pasukan yang menduduki kedudukan paling rendah juga mampu membawa pulang sekurang-kurangnya RM600,000 berbanding hanya RM250,000 pada 2022.

Berdasarkan sistem pengagihan tersebut, Kedah menerima wang agihan rata sebanyak RM500 ribu sementara RM700 ribu bagi agihan merit.

Advertisements

Ini menjadikan jumlah wang agihan keseluruhan buat kedah adalah sebanyak RM1.2 Juta.

Khabar ini juga diserikan lagi selepas pasukan itu difahamkan bakal bergabung semula dengan penyerang berbisa JDT, Syafiq Ahmad.

Pemain berusia 28 tahun itu difahamkan akan kembali ke kelab lamanya itu secara pinjaman bagi musim 2024/25.

Advertisements

Beliau kurang mendapat minit permainan pada musim ini selepas hanya tampil dalam beberapa perlawanan sebagai pemain gantian.

Khidmat bekas penyerang kebangsaan juga menjadi buruan Penang FC yang berminat untuk mendapatkan pemain berbakat ini.


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram