Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari mengucapkan terima kasih kepada musim 2024/25 sekaligus memberi bayangan tidak akan beraksi lagi musim ini.
Pemain berusia 26 tahun itu masuk sebagai pemain gantian kepada Oscar Arribas pada minit ke-76 ketika membantu skuad Harimau Selatan berdepan Penang.
Beliau juga memastikan tuan rumah merakamkan kemenangan selesa 5-0 menentang The Phanters untuk mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga.
Nasib tidak menyebelahinya apabila terpaksa diusung keluar selepas diterjah keras oleh pemain lawan ketika membantu serangan JDT.
Syahmi dilihat memegang bahagian lututnya selepas diterjah oleh pertahanan Penang, Adib Ra’op sebelum terpaka meninggalkan padang akibat kecederaan.
Beliau dalam satu hantaran memberi bayangan awal bahawa tidak lagi akan beraksi bagi baki musim 2024/25.
“Terima kasih musim 2024/25,” ujar Syahmi dalam satu hantaran media sosial.

Bekas pemain Selangor ini hanya beraksi sebanyak 4 perlawanan pada musim ini susulan persaingan sengir untuk mengisi slot pertahanan di JDT.