Dunia
FA Kedah
Advertisements

Selepas melalui karier yang agak suram di Thaikand, masa depan pemain naturalisasi negara, Liridon Kransiqi masih menjadi tanda tanya pengikut bola sepak tanah air sehingga kini.

Jika dilihat status terkini Liridon di laman transfermarkt, beliau baru sahaja tamat tempoh pinjaman dari kelab Liga 1 Thailand, Khon Kaen United dan kini beliau kembali ke majikannya iaitu juara Liga Super 9 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Walaupun JDT kini berada di Dubai, namun kelibat Liridon tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan tersebut walaupun difahamkan Liridon juga dalam masa yang sama turut berada di Dubai. Liridon dilihat menjalani latihan secara bersendirian.

Advertisements

Namun baru-baru ini khabar angin bertebaran mengaitkan kepulangan Liridon ke bekas pasukannya iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Umum mengetahui Liridon pernah menyarung jersi Hijau Kuning pada tahun 2015 hingga 2018 sebelum berhijrah ke Melaka United pada musim 2016.

Liridon yang menerima banyak mesej dan ucapan dari penyokong Kedah sejak kebelakangan ini meluahkan rasa terharunya selepas melihat sokongan dari penyokong skuad ‘Sang Kenari’ kepada karier bola sepak beliau.

“Terima kasih penyokong Kedah atas kasih sayang yang ditunjukkan kepada saya sejak beberapa hari ini melalui mesej dan komen.

Advertisements

“Ianya sangat bermakna buat saya, kamu semua sentiasa berada di dalam hati saya. Semoga kita akan berjumpa lagi nanti, inshallah,” luah Liridon dalam instagram story beliau.

Liridon instagram "Terima Kasih Penyokong Kedah" - Liridon Krasniqi
Liridon mengucapkan terima kasih kepada penyokong Kedah.

Untuk rekod, pada 2020 Liridon telah sah menjadi pemain naturalisasi kedua untuk Harimau Malaya selepas pemain JDT, Mohamadou Sumareh yang dinaturalisasikan pada 2018. Sehingga kini, Liridon sudah mengumpul enam kaps bersama skuad negara dan berjaya meledak satu gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram