Tengok Ulangan Rasa Berdebar, Terjahan Jafri Chew Mampu Ranapkan Karier Rabih Ataya
Dunia
Photo: Youtube unifi
Advertisements

Dalam perlawanan Liga Super melibatkan pasukan Kedah Darul Aman menentang Penang terdapat satu insiden di mana Jafri Firdaus Chew menerjah keras pemain import Kedah Rabih Ataya yang menggusarkan pemerhati bola sepak di Malaysia.

Terjahan pada minit ke-71 tersebut dilihat melampaui batas dan reaksi Jafri Chew selepas terjahan seolah-olah beliau hanya melakukan terjahan biasa.

Lebih memilukan, pengadil hanya memberikan kad kuning sedangkan terjahan tersebut mampu dilihat dengan jelas oleh pengadil utama mahpun pengadil ke-4 di luar padang.

Advertisements

Seperti dalam rakaman yang dimuat naik oleh Vocket FC, ianya menerima reaksi negatif penyokong yang menganggapnya sesuatu yang melampaui batas.

Sementara itu, Subkhiddin Mohd Salleh membayangkan terjahan tersebut sebagai mendebarkan di akaun Twitter miliknya.

“Setiap kali bila kita lihat pada ‘replay’ pasti dada berdebar, darah cepat mendidih…mulut terpancul ‘arghhh’..
Otak terbayangkan masa hadapan pemain yang menerima ‘sentuhan fizikal’ sedemikian.”

Advertisements

Terjahan keras seperti ini mampu memberikan kecederaan serius jangka masa panjang dan lebih teruk ia mampu menamatkan terus karier pemain seperti Rabih Ataya yang kini menikmati tahun-tahun terakhirnya bermain bola sepak bersama Kedah Darul Aman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram