Jaringan ke-3 Malaysia yang dihasilkan oleh Mohd Shahrul Mohd Saad dalam perlawanan menentang Laos menarik perhatian penyokong dan pengulas.
Manakan tidak, cara beliau menerima bola, membuat lenggokan persis seorang penyerang berpengalaman amat mengelirukan semua orang dan beliau akhirnya membuat finishing yang amat sempurna sekaligus memberi kelebihan buat pasukan negara pada minit ke-78.
Malaysia berjaya menewaskan Laos 4-0 untuk perlawanan ke-2 Kumpulan B sekaligus mendahului carta kumpulan yang diekori rapat pasukan Vietnam. Malaysia berjaya menghasilkan jaringan menerusi hatrik milik Safawi Rasid dan satu jaringan Shahrul Saad.