Terkini: Sony Norde Bawa Haluan Ke Kedah
Transfer
KDA FC
Advertisements

Selepas meninggalkan Terengganu FC pada akhir musim 2023, Sony Norde kini berkelana pula ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Perpindahan pemain sayap Haiti itu diumumkan pengurusan Sang Kenari menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan hari ini.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Sony Nordé, pemain berasal dari Haiti yang cukup dikenali di Liga Malaysia ketika bersama Melaka United FC dan Terengganu FC dengan gerakan lincah dan menghasilkan gol menakjubkan dengan rembatan padu menewaskan lawan.

Advertisements

“Pemain berusia 34 tahun memilih untuk berjuang di kem Sang Kenari musim 2024/25 walaupun unit pemantau pasukan telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat beliau sejak musim lepas,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Kehadiran Norde dijangka menambah kreativiti di bahagian serangan Sang Kenari untuk musim baru liga yang bermula pada Mei ini.

Beliau menjadi pemain import kedua yang memperkuatkan Kedah selepas pemain sayap Uzbekistan, Sukhrob Nurolloev.

Advertisements

Bekas pemain sayap skuad Penyu itu bakal tiba di Kedah pada jam 4.30 petang ini dan akan disambut oleh barisan pengurusan, pemain dan staf kejurulatihan pasukan.

Sepanjang bersama Terengganu pada musim 2023, Norde telah merekodkan 29 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Piala AFC.

Mengikut data Transfermarkt, beliau sudah menjaringkan sembilan gol dan mencipta 13 bantuan gol untuk pasukan Pantai Timur itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram