Ternyata Kemenangan Sri Pahang ‘Dirompak’ Sekali Lagi
Dunia
officialsripahang
Advertisements

Kemenangan Sri Pahang sekali lagi telah ‘Dirompak’ apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan ketika menentang PJ City ternyata salah disisi undang-undang.

Perkara ini telah disahkan oleh Jawatankuasa Pengadil FAM, Abang Zulkarnain setelah menetiliti semula ulang tayang video seperti yang dilaporkan Arena Metro.

“Selepas kita membuat penelitian menerusi rakaman video, memang keputusannya itu salah kerana gol itu dijaringkan dalam keadaan ofsaid iaitu pemain PJ City FC mengganggu pemain lawan dengan cara perlakuan jelas memberi impak terhadap kemampuan pihak lawan untuk memainkan bola.

Advertisements

“Hanya sekiranya pemain PJ City FC yang berkedudukan ofsaid itu tidak berada dalam laluan bola atau jauh dari penglihatan penjaga gol lawan, maka ia tidak menjadi satu kesalahan ofsaid,” jelas Abang Zulkarnain kepada Arena Metro.

Jika dilihat semula kedudukan terakhir salah seorang daripada pemain PJ City, jelas menggangu penglihatan penjaga gol Sri Pahang, Samassa.

Ini merupakan perlawanan kedua buat pasukan Sri Pahang yang keputusan oleh pengadil tidak berpihak kepada skuad Tok Gajah selepas sebelum ini.

Advertisements

Pengadil perlawanan, Muhammad Usaid Jamal bakal menanti hukuman daripada FAM bagi insiden kali ini agar menjadi iktibar buat barisan pegawai lain untuk lebih peka selepas ini dalam menentukan keputusan yang betul.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram