Advertisements
Tersasul Sebut ‘Kedah’, Hati Baddrol Bakhtiar Tertinggal Di Darul Aman
Blog
MakanBola
Sabah fc

Bekas kapten pasukan Kedah yang kini berasama Sabah FC, Baddrol Bakhtiar dilihat telah tersasul menyebut nama bekas pasukannya dalam satu temubual selepas perlawanan Liga Super antara Penang FC dan Sabah FC pada Selasa malam.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan Sabah selaku pasukan pelawat berjaya menundukkan Penang dengan keputusan 4-2. Lebih manis lagi, Baddrol berjaya meledak dua gol dalam perlawanan tersebut.

Seperti yang diketahui, Baddrol sememangnya sangat sinonim dengan pasukan Kedah selepas hampir lebih 16 tahun berbakti bersama pasukan Sang Kenari itu. Jadi berkenaan isu tersasul ini bukanlah satu masalah yang besar kerana Kedah dan Baddrol sememangnya umpama satu ikatan kekeluargaan.

“Alhamdulillah dengan kemenangan pasukan Sabah pada malam ini. Sasaran saya malam ini adalah ingin menjaringkan gol dan ingin menghadiahkan jaringan ini kepada anak isteri saya yang sanggup datang dan memberi saya lebih bersemangat untuk bermain.

“Dan saya juga sasarkan pada malam ini adalah untuk menjaringkan gol dan memastikan Kedah berada di… Sabah di kedudukan yang nombor dua.” luah Baddrol selepas tamat perlawanan.

Sabah kini berada di tangga kedua Liga Super dengan memungut 15 mata selepas tujuh perlawanan. Sabah kini berkongsi mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang masih kurang perlawanan dan juga pasukan di tangga ketiga, Negeri Sembilan FC.

kredit : Cakapsukan