Walaupun ‘Tersungkur’ Awal Di Piala AFF, FAM Tetap Sasar Malaysia Layak Ke Piala Asia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyingkiran awal pasukan Harimau Malaya dari Piala AFF ternyata perlu diteliti sebaiknya dan laporan ‘bedah siasat’ punca kegagalan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu bakal diketahui selewat-lewatnya bulan hadapan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, semua pihak perlu faham terdapat kelemahan dalam segenap aspek yang menjadikan kegagalan pasukan negara untuk mencapai sasaran layak ke final.

“Semua kena faham keputusan di Piala AFF menunjukkan terdapat kelemahan daripada segenap aspek, jadi semua pihak terlibat perlu menyediakan satu laporan yang telus untuk jawatankuasa menilai dan membuat tindakan susulan,” katanya.

Advertisements

Yusoff menambah bahawa laporan lengkap dari pengurusan dan barisan kejurulatihan akan dinilai dengan telus dan teliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam mesyuarat yang dijadualkan bulan depan.

“Kita tengok memang ada hiccups (sedikit kekurangan) yang jelas berdasarkan keputusan di Piala AFF dan ia menunjukkan banyak perkara perlu kita selaraskan semula atau pun diperbaiki untuk memastikan pasukan ini berdaya saing di kelayakan Piala Asia 2023 kerana sasaran kita untuk bermain di Piala Asia.”jelasnya kepada Sukan Sinar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram