“Tetap Menyantuni Walau Dibenci”
Blog
FA MALAYSIA
Advertisements

Tindakan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) terhadap pasukan Harimau Malaya sewajarnya mendapat perhatian yang lebih meluas.

Umum mengetahui bahawa barisan pemain yang dipanggil oleh Kim Pan-gon kali ini rata-ratanya beraksi buat skuad Harimau Selatan sekaligus mencerminkan tahap kualiti yang dimiliki oleh pemain kelab tersebut.

TMJ juga sentiasa terbuka dan berbesar hati untuk membantu kejayaan pasukan negara apabila baginda sendiri telah menawarkan pusat latihan pasukan dan segala fasiliti yang dimiliki oleh JDT bagi kegunaan Malaysia.

Advertisements

Berdasarkan satu hantaran yang dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Johor Southern Tigers, TMJ telah pun menjemput seluruh skuad Harimau Malaya ke majlis santapan malam yang berlangsung di istana baginda.

Tindakan baginda ini jelas mendapat liputan daripada seluruh penyokong Harimau Malaya yang memiliki pandangan yang pelbagai terhadap perkara ini.

“Terima kasih TMJ” ujar Hanafiah Kahmis.

Advertisements

Bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap bahawa usaha ini seolah-olah seperti membalas bunga kepada orang yang memberi sampah kepada kita dan ia merupakan satu tindakan penuh santun yang harus diteladani daripada TMJ.

“Tetap menyantuni walau dibenci. Moga TMJ terus dimurahkan rezeki” jelas individu yang mahu dikenali sebagai Mohd Amyrul.

Pasukan negara kini dalam persiapan untuk menghadapi dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan pada 23 Mac sebelum berdepan Hong Kong pada 28 Mac.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram