Tewas Mengejut Kepada Laos, Asas Pemain Malaysia Ke Laut
Blog
FAM
Advertisements

Layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 bukanlah satu tiket untuk kita beraksi sambil lewa dalam kejohanan Piala AFF B-23 di Kemboja. Semalam skuad bawah 23 tahun negara kita telah dikejutkan dengan kekalahan kepada pasukan Laos 2-1.

Entah di mana silapnya, segala yang dirancang seperti tersekat di tengah padang. Skuad kendalian Brad Maloney dilihat kaku dalam perlawanan semalam dengan perkara asas bola sepak mereka juga dipersoalkan peminat bola sepak tanah air.

Asas bola sepak seperti melakukan hantaran pendek, hantaran jauh dan cara menerima hantaran selalunya telah dikuasai oleh pemain yang dipilih untuk menyarung jersi skuad kebangsaan. Tetapi ianya tidak terjadi kepada skuad B-23 negara semalam.

Advertisements

Laos yang dahulu ternyata bukanlah yang sekarang. Mereka beraksi dengan penuh semangat. Melakukan ‘pressing’ sepanjang perlawanan tanpa kenal erti lelah. Bertukar-tukar hantaran pendek yang tepat dan mempunyai larian laju walaupun masa hampir tamat.

Pasukan negara mempunyai satu lagi peluang untuk menebus maruah pada 21 Februari ini menentang lawan yang sama. Tiada lagi alasan kerana mereka harus menang untuk layak ke separuh akhir Piala AFF B-23. Ini kerana hanya juara kumpulan layak ke separuh akhir disebabkan penarikan diri Myanmar dan Indonesia dari kejohanan gara-gara virus covid-19.

Walaupun kita sedar pasukan ini bukanlah pasukan terbaik yang kita ada, tetapi kita yakin jika mereka mampu beraksi dengan penuh semangat, kemenangan pasti dapat dijelmakan. Semoga kekalahan semalam menjadi pengajaran buat skuad bawah 23 tahun negara untuk segera bangkit dan layak ke separuh akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram