Thai League 1: Buriram United Tundukkan Ego Chonburi
Dunia
Buriram United
Advertisements

Aksi Liga Thai 1 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Buriram United dan Chonburi. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Chang Arena menyaksikan Buriram berjaya mengutip tiga mata berharga menewaskan Chonburi dengan keputusan 2-0.

Turun dengan membariskan kesebelasan terbaik pasukan, khidmat pertahanan Harimau Malaya terus ditagih skuad kendalian Masatada Ishii. Dion Cools terus diberi kepercayaan untuk mengemudi barisan pertahanan Buriram bersama Sulaka, Narubadin dan Sasalak.

Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak untuk mencari gol pembukaan. Sepanjang perlawanan berlangsung, pasukan tuan rumah dilihat lebih agresif mengasak menyerang ke kubu lawan.

Advertisements

Gol pembukaan perlawanan akhirnya hadir pada minit ke-42 permainan menerusi Supachai Jaided. Lorongan serta gerakan yang dimulakan Dion Cools telah membuka ruang buat Supachai meledak setelah bola muntah daripada penjaga gol lawan.

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Pada minit ke-62 permainan, hantaran lintang Theerathon Bunmathan telah terkena tangan pertahanan Chonburi, R. Kelic. Pengadil perlawanan mengesan insiden tersebut sekaligus menghadiahkan penalti buat pasukan tuan rumah. Sepakan penalti tersebut mudah disempurnakan pemain import Buriram, Goran Čaušić.

Selepas jaringan terhasil, Buriram United terus berusaha untuk mencari gol tambahan sementara Chonburi kekal bertahan dan beberapa kali berjaya melakukan serangan balas dalam usaha merapatkan kedudukan.

Advertisements

Empat minit masa tambahan yang diberikan pengadil tidak mengubah keputusan perlawanan. Keputusan kekal hingga perlawanan tamat, Buriram 2-0 Chonburi.

Kemenangan malam ini memastikan skuad kendalian Masatada Ishii terus menghuni tangga teratas liga dan mengekalkan rekod tanpa kalah. Setakat 17 perlawanan, Buriram United berjaya mencatat 14 kemenangan dan kini mengutip 45 mata secara keseluruhan.

Advertisements

Buriram United bakal berdepan cabaran BG Pathum United dalam aksi liga seterusnya pada Sabtu, 4 Februari 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram