Advertisement
Thai League 1: Hasrat Safawi Rasid Bantu Ratchaburi Raih 3 Mata Lebur
Asia Tenggara
MakanBola
Ratchaburi FC

Kepulangan semula pemain sayap sensasi Ratchaburi FC, Safawi Rasid ke dalam kesebelasan utama pasukan berakhir dengan kedukaan apabila pasukannya tewas di laman sendiri.

Beliau diberi kepercayaan untuk beraksi semula setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan tempoh hari.

Pada babak pertama, kedua-dua pasukan rancak berbalas asakan namun The Fragons sekali lagi diuji apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Jirawat Thongsaengphrao dilayangkan kad merah.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah sesekali hadir melakukan serangan balas tatkala perlawanan lebih banyak dikuasai oleh Bangkok United.

Tidak banyak dapat dilakukan oleh Ratchaburi yang seolah-olah menganggap perlawanan berakhir seri sebelum pengadil memberikan sepakan penalti kepada Bangkok United.

Hal ini berikutan halangan yang dibuat oleh pertahanan Ratchaburi pada masa kecederaan permainan sekaligus menghampakan hasrat mereka memperoleh 3 mata.

Ratchaburi memperoleh 33 mata selepas 20 perlawanan dan akan beraksi dalam aksi suku akhir Piala Thailand, Rabu depan.