Pasukan tangga ke-4 Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC berjaya menundukkan pasukan kedua tercorot liga, Nongbua Pitchaya dengan keputusan 2-1.
Anak didik Xavi Moro turun tanpa kelibat pemain sayap sensasi Malaysia, Safawi Rasid yang dimasukkan pada babak kedua menggantikan rakan sepasukan, Moussa Sidibe.
Pasukan tuan rumah memulakan aksi dengan cukup baik apabila memperoleh gol pembukaan menerusi ledakan penyerang sensasi pasukan, Sittichok Kannu yang melakukan rembatan deras dalam kotak penalti.
Selang 13 minit, pasukan pelawat pula mengikat kedudukan dengan memanfaatkan kealpaan benteng pertahanan Ratchaburi untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Seminit sebelum tamat babak pertama, giliran The Dragons berada di depan menerusi tandukan deras Park Jun Heong.
Bersambung babak kedua, Ratchaburi terus menggandakan usaha meraih jaringan ketiga namun percubaan demi percubaan disia-siakan.
Peluang terbaik hadir menerusi Moussa Sidibe namun rembatannya tersasar.
Kemenangan ini menyaksikan berjaya mengumpul 33 mata selepas 18 perlawanan setakat ini.