Advertising
Thai League 1: Uthai Thani Pamer Aksi Longlai, Gagal Tewaskan Nakhon Pathom
MakanBola
Uthai Thani FC

Uthai Thani bergelut menewaskan cabaran Nakhon Pathom dalam saingan liga Thailand dalam misi memperbaiki kedudukan liga.

Uthai Thani menurunkan kesebelasan terbaik mereka bagi meraih 3 mata berharga setelah merekodkan 4 perlawanan tanpa kemenangan sebelum ini.

Ad

Aksi babak pertama menjadi milik tuan rumah melalui beberapa percubaan berbahaya daripada pemain Uthai Thani namun tiada gol yang dapat dihasilkan.

Ad

Memasuki babak kedua, Uthai Thani terus mengasak kubu pertahanan Nakhon Pathom namun bergelut untuk menewaskan penjaga gol W. Srathongjan.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba pada minit ke-79 permainan menerusi penyerang Ricardo Santos.

Ad

Uthai Thani merekodkan 63% penguasaan bola berbanding Nakhon Pathom dan turut lebih banyak melakukan percubaan namun hanya berjaya meraih 1 gol dalam perlawanan ini.

Ad

Adefolarin Durosinmi bangkit mengecewakan Uthai Thani apabila menyempurnakan sepakan penalti pada saat akhir untuk menjadikan kedudukan seri 1-1.

Ad

Tamat perlawanan, Uthai Thani sekadar seri 1-1 menentang Nakhon Pathom dan kini Uthai Thani berada di tangga ke-11 liga manakala Nakhon Pathom berada di tangga ke-9 liga.

Tiada kelibat Zafuan Azeman dalam perlawanan ini dan juga perlawanan sebelumnya. Kali terakhir Zafuan Azeman turun bermain adalah ketika menentang Chiangrai United selaku pemain gantian pada 11 Februari lalu.