Advertisement
Thai League 1: Uthai Thani Tewaskan Khon Kaen, Kelibat Zafuan Azeman Tak Kelihatan
Asia Tenggara
MakanBola
Uthai Thani FC

Aksi Thai League 1 hari ini melibatkan pertemuan antara pasukan Uthai Thani dan Khon Kaen.

Pemain Malaysia, Zafuan Azeman kali ini tidak berada dalam senarai pemain skuad Uthai Thani menentang Khon Kaen di Stadium Uthai Province.

Babak separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada pasukan tuan rumah. Kapten pasukan, Ricardo Santos menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil pada minit ke-17 permainan.

Separuh masa kedua menyaksikan skuad kendalian Mikael Stahre berjaya menambah jaringan untuk terus mendahului permainan.

Penyerang sensasi, Ricardo Santos sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan hantaran daripada Sumanya Purisai. Jaringan pada minit ke-54 permainan itu terus membawa Uthai Thani selesa mendahului hingga tamat permainan.

Aksi tamat, Uthai Thani 2-0 Khon Kaen.