Advertisements
Thailand Bakal Berdepan Pasukan Tangga Ke-68 Dunia
Dunia
MakanBola
ASEAN Football

Thailand mungkin kecewa kerana tidak dapat turun beraksi dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) susulan tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menarik diri sebagai tuan rumah. Tetapi Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) pantas mengatur perlawanan persahabatan dengan Iraq sebagai ganti.

Kejohanan WAFF sepatutnya bakal berlangsung dari 20 Mac hingga 2 April ini dengan 12 pasukan mengesahkan penyertaan. Pasukan-pasukan itu ialah tuan rumah UAE, Bahrain, Arab Saudi, Kuwait, Oman, Yaman, Iraq, Jordan, Palestin, Lubnan, Syria dan Thailand sebagai pasukan undangan.

Tetapi WAFF semalam dikejutkan dengan keputusan UAE menarik diri sebagai tuan rumah kejohanan tanpa dinyatakan sebabnya. Kini, terdapat pelbagai laporan yang menyatakan kejohanan tahun ini dibatalkan atau ditangguhkan hingga September ini.

Bagi FAT pula, peluang menguji skuad Gajah Perang dengan pasukan yang berada di kedudukan ranking tinggi kini diperoleh dengan menentang Iraq pada Mac ini. Kedua-dua pasukan bakal bersemuka di ibu negara Iraq, Baghdad.

Singa Mesopotamia merupakan pasukan yang tidak patut dipandang remeh. Ini kerana Iraq ketika ini menduduki ranking ke-68 dunia sekaligus mampu memberi cabaran hebat kepada anak-anak buah Mano Polking.