Duo bintang sensasi Thailand, Chanatip Songkrasin dan juga Supachok Sarachat melengkapkan senarai 23 orang pemain pasukan berdepan Malaysia di Piala Raja Thailand bulan ini.
Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT), ketua jurulatih, Mano Polking tetap mahu menurunkan barisan pemain terbaiknya pada kejohanan ini.
FAT memaklumkan bahawa pengendali kelahiran Brazil itu mahu membawa dua bintang sensasi yang berkelana di Jelun iaitu Chanatip dan Supachok.
Pemain berusia 28 tahun itu yang juga merupakan kapten pasukan Thailand turut berada dalam senarai bersama pemain bintang seperti Teerathon Bunmathan, Supachai Jaided, Saarach Yooyen dan lain-lain.
Polking turut membawa khidmat pemain berpengalaman seperti Budin Phala, Thitipan untuk menberi nilai tambah kepada pasukannya untuk berdepan saingan lawan yang tidak kurang hebatnya.
Berdasarkan undian yang telah dijalankan, Thailand dijadualkan berdepan dengan Malaysia pada 22 September sebelum menentang Trinidad & Tobago atau Tajikistan bagi perlawanan penentuan berikutnya.
Thailand dan Malaysia sudah tentu mahu memberikan yang terbaik dan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin untuk menurunkan kesebelasan utama sebagai persediaan sebelum bersaing di Piala AFF Mitshubishi Electric hujung tahun ini.